Wednesday, October 28, 2009

Macam – Macam Raya Part 2


Day 4

Menu hari ini Laksa, tengah hari jemputan untuk kawan angah, sebelah petang jemputan untuk geng aku. Petang raya ke-4 umpama reunion TI di rumah aku. Ramai yang datang, first rombongan pasangan Kurt dgn Jus bersama Mus and wife serta Zaidi.

Sambil layan member-member aku call saifoel.” Wei, bila hang nak mai rumah aku, Mus ada kat sini dia tunggu hang sampai.”

“On the way, kul 4 aku sampai”

Cha’in sampai dengan saifoel, next Irham and the geng, later on Hafiz come with his virago. Nazir seperti biasa lewat skit and finally, Shahrul Ali. Quite a long time diaorg lepak kat umah aku from 4pm till 7pm.


A lot of topics.. as usual, topic bila nak kawin?

“ Bila hang nak kawin poel?”

Jawapan skema dari saifoel sejak dulu “ Bila jodoh aku sampai”

“ Hang plak Cha’in bila?”

“ Hujung tahun, tapi tak tau lagi tahun bila” seloroh Cha’in.


Macam- macam alasan betui….


Day 5

Nothing special, duduk rumah, makan tidur..

Sebelah petang, pergi beraya di rumah Suhana. Seperti biasa hidangan mee jawa menu utama. Masakan mee jawa mak suhana bagi aku susah org nak bid. Memang lazat sekali… Yummi…


Day 6

Aku masuk office kena siapkan weekly report, even on leave aku kena make sure weekly report sampai to bos di KL before 12pm. Secara logic nyer aku rasa semua boss still in raya leave. But nowdays we do have internet, boss tak masuk office pon bleh acces report thru email.

Lagipun plant running as usual, 24/7 tak shutdown. Macam mana pon kena la hantar report.

Settle report, lepas jumaat aku balik rumah aku. Project mengantung LCD TV 32’. Aku drill 6 lubang dengan ketinggian paras pinggan. Finally aku berjaya hang LCD TV. Lepas ini for sure Ameer tak dapat nak on / off TV lagi hahahaha…. Tangan tak sampai..


Day 7

“ Abi!! Dapat msg dari Jus, Ayah dia meninggal kul 2.30 pg tadi”. cakap ummi kat aku sambil pegang HP.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon…

Kami agak terkilan. Sebab planning hari ini nak melawat ayah Jus. Lagi pon ummi rapat dgn keluarga Jus. Ajal maut di tangah tuhan.

Setiba di rumah Jus pukul 9.30am. Kelihatan Kurt sedang melayan tetamu yang datang ziarah jenazah. Dari raut wajah Kurt aku dapat agak, mesti tak cukup tidur or memang tak tidur langsung.

Seminggu berhari raya.. tahun ini banyak kisahnya… bermula dengan kegembiraan sambut raya berakhir dgn berita pemergian ayah Jus.

Walaumacam mana pun. Ramadhan next year belum confirm tentu lagi untuk aku. Mungkin ini ramadhan terakhir aku….

-END-


@bu Ameer.

No comments: