Friday, November 11, 2005

syawal...

assalamamualaikum..

selamat menyambut syawal 1426
semoga kita mendapat rahmat dan petunjuk dari NYA.. diharap tahun baru ini dapat mengajar kita supaya lebih dewasa dan tunduk kepada perintahNYA.

Sebagai seorg muslim berapalah sgt pengorbanan kita terhadap agama kita sendiri.. jika dibandingkan dgn sahabat2 Rasullullah saw..cukuplah sekadar kita cuba mengamalkan apa yg ditinggalkannya..

renungkanlah kembali sepanjang 23 thn kita hidup di bumi Allah ini..tanpa sebarang bayar pon yg Allah minta dari hambaNYA.. hanya sekadar menurut perintahNYA.. ada kalanya kita alpa dgn apa yg telah ALLAH kurniakan buat kita.. akal yg ALLAH kurniakan untuk kita berfikir atas kebesaranNYA..tapi kita gunakan akal utk meremehkan perintah ALLAH.. mencari seribu alasan.. dgn jawapan yg kita tau semuanya... kita tahu itu salah kita nak buat juga.. kita tahu buat ni dapat pahala kita tak nak buat..

semua ini realiti kehidupan kita seharian ...semua teguran kepada kita dianggap menyibuk "macam lah kita tak tahu, yang tu pon nak ckp" itulah ungkapan kita yg didorong dgn bisikan syaitan apabila seringkali kita dinasihati.. lemahnya kita di usia yg meningkat dewasa..yg bakal mendirikan rumahtangga.. yg bakal melahirkan generasi masa depan..bagaimana kita hendak mendidik anak sendiri sedangkan diri ini masih belum lengkap?

masih leka dan alpa.. setiap hari kita tunduk kepada NYA ketika solat 5 waktu.. hanya ketika solat? cara hidup kita seharia bagaimana pula? adakah kita semasa solat sahaja ALLAH melihat kita? kita sendiri ada jawapannya..

terlintas di fikiran ini secara logik nya kita boleh menunaikan solat sebagaimana Rasullullah dan para sahabat solat.. tetapi kita tak dapat mengamalkan sunnah dan amalan yg ditinggalkan nya..kenapa? kita tahu jawapannya..

adakah ISLAM hanya dgn solat 5 waktu? rasanya Kita juga tahu jawapannya..