Saturday, December 31, 2005

Aku berserah kepada NYA..


Bismillahhirahmannierahim...Sekian kalinya diri ini disibukan dengan masalah dunia, yang miskin dengan pengurusan masa. Lama rasanya tidak memenuhi ruang blog ini. At least satu post within one month...akhirnya..

Permasalahan HATI dan PERASAAN sukar untuk diungkapkan. Inilah Nikmat yang ALLAH swt berikan kepada kita sebagai hambaNYA...

sebahagian petikan dari sebuah cerpan....

Bagi sesetengah orang, mungkin tiada istimewanya seseorang yang kita pilih untuk menjadi teman hidup kita jika layanan dan kasih sayang yang diberikan sama tarafnya dengan yang lain. Tapi bagi aku, dia sudah cukup istimewa dan lebih dari yang lain kerana hanya dia yang aku terima menjadi pilihan hati… Itu sudah memadai untuk menunjukkan betapa istimewanya dia.

Apa yang penting, kita harus tahu, di mana letaknya keutamaan. Tugas utama kita adalah berjuang menegakkan islam. Apa jua yang dilakukan, biarlah ia membawa kita ke jalan itu. Allah tidak melihat hasil, tetapi Dia melihat usaha kita di dalam jalan dakwah ini. Kita tidak dinilai terhadap berapa besar pengorbanan dan penglibatan kita di dalam jalan dakwah ini, tetapi kita dinilai mengikut niat kita di dalam melakukan sesuatu itu. Ketahuilah yang Allah Maha Pengasih lagi Maha Adil.

Bukan mudah untuk menjaga hubungan hati. Ini adalah pemusnah terbesar golongan remaja. Hidup ini bukan untuk satu tujuan ini sahaja. Ingatlah bagaimana nikmat sekalipun perasaan menyayangi dan disayangi, Allah tetap yang tertinggi di dalam hati kita.

Ya Allah, jika jalan yang sedang kami lalui ini adalah jalan yang silap, dan seandainya perhubungan ini menjauhkan kami daripadaMu, maka Kau jauhkanlah hati-hati kami. Hanya padaMu kami berserah….Amin…

- kadangkala kita terlalu menginginkan keistimewaan di dalam perhubungan.
- Kadangkala kita terlalu memikirkan fizikal dan faktor luaran sebagai kayu ukur penjamin kebahagiaan kita
- Kadangkala kita ambil enteng terhadap permasalahan hati, sedangkan ia adalah lumrah dan fitrah manusia biasa...
- Tetapi kita seringkali lupa bahawa perkara ini adalah permulaan bagi kehidupan yang akan kita bina di masa akan datang. Setiap yang berlaku pada masa kini memberi impak pada masa hadapan. Jika kita ingikan kesudahan yang baik, maka carilah permulaan yang baik. Dan permulaan yang baik itu adalah apabila kita mendahulukan keredhaan Allah di dalam setiap keputusan yang kita ambil.
- semoga kisah ini memberi iktibar kepada kita, terutamanya bagi mereka yang sedang dilanda ‘masalah hati’. Bukan semestinya kita kena terima orang yang hebat, tetapi cukuplah sekadar dia mendahulukan Allah di dalam setiap keputusannya.... Ambil yang baik dan tinggalkan yang tidak baik...

waallah hualam..

Friday, November 11, 2005

syawal...

assalamamualaikum..

selamat menyambut syawal 1426
semoga kita mendapat rahmat dan petunjuk dari NYA.. diharap tahun baru ini dapat mengajar kita supaya lebih dewasa dan tunduk kepada perintahNYA.

Sebagai seorg muslim berapalah sgt pengorbanan kita terhadap agama kita sendiri.. jika dibandingkan dgn sahabat2 Rasullullah saw..cukuplah sekadar kita cuba mengamalkan apa yg ditinggalkannya..

renungkanlah kembali sepanjang 23 thn kita hidup di bumi Allah ini..tanpa sebarang bayar pon yg Allah minta dari hambaNYA.. hanya sekadar menurut perintahNYA.. ada kalanya kita alpa dgn apa yg telah ALLAH kurniakan buat kita.. akal yg ALLAH kurniakan untuk kita berfikir atas kebesaranNYA..tapi kita gunakan akal utk meremehkan perintah ALLAH.. mencari seribu alasan.. dgn jawapan yg kita tau semuanya... kita tahu itu salah kita nak buat juga.. kita tahu buat ni dapat pahala kita tak nak buat..

semua ini realiti kehidupan kita seharian ...semua teguran kepada kita dianggap menyibuk "macam lah kita tak tahu, yang tu pon nak ckp" itulah ungkapan kita yg didorong dgn bisikan syaitan apabila seringkali kita dinasihati.. lemahnya kita di usia yg meningkat dewasa..yg bakal mendirikan rumahtangga.. yg bakal melahirkan generasi masa depan..bagaimana kita hendak mendidik anak sendiri sedangkan diri ini masih belum lengkap?

masih leka dan alpa.. setiap hari kita tunduk kepada NYA ketika solat 5 waktu.. hanya ketika solat? cara hidup kita seharia bagaimana pula? adakah kita semasa solat sahaja ALLAH melihat kita? kita sendiri ada jawapannya..

terlintas di fikiran ini secara logik nya kita boleh menunaikan solat sebagaimana Rasullullah dan para sahabat solat.. tetapi kita tak dapat mengamalkan sunnah dan amalan yg ditinggalkan nya..kenapa? kita tahu jawapannya..

adakah ISLAM hanya dgn solat 5 waktu? rasanya Kita juga tahu jawapannya..

Thursday, October 06, 2005

Alhamdullillah syukur kehadrat ILLAHI, setinggi- tinggi syukur dipanjatkan ke atas NYA. Setelah sekian lama ingin sekali memiliki blog sendiri. Akhirnya dengan kelapangan masa yg diberikan oleh NYA, tercapai jua hasrat diri ini.

Ramadhan telah 3 hari berlalu. inilah kali kedua menyambut bulan Ramadhan di bumi UK ni. Semuanya tidaklah asing, seperti yg dirasai tahun lepas. this year ramadhan membuatkan aku lebih bersedia compare to last year. tiada lagi kejutan or suasana yg asing bagi aku. last year solat terawikh terasa asing kerana tiada selawat diselangi dengan solat. suasana pun terasa tidak meriah seperti di malaya. namun itulah hakikat ramadhan di perantauan. but this year suasana ni sudah biasa untuk aku. yg penting kat mana jua aku berada di muka bumi ALLAh ini. selagi itulah aku bukan sekadar mencuba BUT MESTI mengikut segala perintah NYA dan meninggalkan segala laranganNYA.

sedar tak sedar dah masuk tahun ke2 aku kat Manchester ni. kedatangan pelajar baru di manchester mengimbau kembali kenangan aku ketika pertama kali memijak kaki di bumi UK ini. 16 sept 2004 buat pertama kali nya aku fly jauh dari rumah, first time keluar dari malaysia. setibanya di heathrow airport, 4.30 ptg 16 sept 04. angin dingin menyambut kedatangan aku di bumi UK ni. connecting flight dari heathrow ke manchester kul 7.30mlm. setelah selesai pemeriksaan dari pihak kastam UK, yg memnyebabkan kami hampir2 terlepas flight ke manchester. After 45 minutes aku selamat mendarat di bumi manchester ini. maka disini segalanya bermula...