Saturday, March 18, 2006

Perjalananmu Seorang Pejuang

Perjalananmu Seorang Pejuang

[Ingatan buat Allahyarham Dato' Fadzil Nor, Presiden PAS 1989-2002]
Dari semangat mudamu
kau menyala unggun
menyelongkar belantara
sarat oleh kebuasan
selirat oleh kelukaan
kau tinggalkan dunia amanmu
dari bilik dingin dari meja bersih
dari ramah siswa dari hanya letih
menanda-nanda kertas jawapan.

Kau arif, belantara itu bukan
ruang rehat di bawah putar kipas
tetapi cerut derita di bawah bilah ujian
belantara itu juga kau mengerti
bukan dewan luas di depan siswa
tetapi kamar dugaan di depan
haiwan berkulit insan - siap membahammu
begitu kau dengan sekukuh berlian
melepas kesenangan menempah penderitaan.

Dunia barumu adalah belantara sebenarnya
kerana berdepan denganmu adalah yang
memahami manusia adalah haiwan politik
menghalalkan segenap cara menyingkirkan
sekalian kemurniaan yang kau perjuangkan
begitu pun kau memimpin sejumlah
mata memungut wahyu
telinga mengutip pesan
mulut meniup bayu
tangan cuba merubah mungkar.

Benar, belantara itulah kau
menyelongkar bersama ungun
yang kau julangkan menerangi
sepanjang denai perjalanan
menakluk puncak yang masih jauh
meski ada yang rebah meski ada yang berpatah
meski ada yang memilih jalan senang lalu menentangmu
kaulah si pengembara istiqamah
pemilik hati seketul berlian.

Belum sempat kau takluki puncak
meski sepertinya kita hampir ke situ
nafasmu tidak mengizinkan segenap
dirimu mendaki lagi
kau pun genggam tangan kami ini
memesan agar teruskan perjalanan
sehingga menakluk puncak belantara
kau pun pejam matamu
tinggalkan kami dalam perjalanan ini.

Kami akur, kau yang dulunya muda
menyala ungun memula perjalanan
kini menyahut panggilan wajib
yang tak bisa kami tahan
maka kami yang masih muda
memelihara ungun menyambung perjalanan
sehingga mencapai puncak
atau kami nanti menurut jejakmu.

Kau sudah menjual dunia senangmu
memulakan perjalanan sukar ini
demi mengaut untung akhirat nanti
sudah menamatkan perjalanan ini
selesai mengira keuntunganmu
kami juga akan menjual dunia senang ini
menyambung perjalanan sukar ini
demi mengaut untung akhirat nanti
akan nanti menamatkan perjalanan ini
akan nanti selesai mengira keuntungan ini.

Haji Mohnas
Damanhur25 Jun 2002

Monday, March 06, 2006

Test IMAN

Bismillahhirahmannirahimm..

dikala kita sibuk mengejar dunia.. keluar pagi blk petang kadang2 sampai malam.. bak kata ramli sarip..penah tak kita check iman.. kalau nak check kena la test betul tak? cam mana plak nak test? masalah juga tu.. tadi tgh sibuk2 update labtop nie ada la terjumpa satu email yg aku pernah hantar kat junior aku dulu..masa tu tgh sibuk dgn isu ZOUK kat jalan ampang tu.. so aku pon beri la pendapat kat junior aku nie.. emailnyer lebih kurang cam ini la...

mmm about that article..masing2 ada pendapat sendiri..kita yg ada kat sini tak tau la yg mana betul just read from b harian and utusan.. point yg ko ckp to ada gak betul nya.. cuma kalau la org tu kuat iman tak kan dia nak masuk tempat cam tu? betul tak? or just nak test iman dia sejauh mana..and kalau nak release tension.. islam tak pernah mengajar umatnya pergi ker tempat cam gitu utk release tension.. sbg seorg muslim ada pelbagai cara lg yg boleh dipraktikan utk merelease tension..betul tak? baca quran, solat dan bezikir hanyalah salah satu cara utk merilekskan minda..bukan itu saja cara dan kaedah yg dianjurkan oleh Islam.. but ada lagi banyak cara..Islam tu kan satu cara hidup.. beriadah pon bleh merilekskan minda..tetapi beriadah yg macam mana? ada garis panduan nya di dalam Islam.. kan ISLAM itu indah.. cuma umatnya sahaja yg mengotorkannya.. penganut agama lain mesti sedang metertawakan umat ISLAM dgn isu ini.. yg disalahkan ISLAM jugak cam maner tu?

itulah masalah yg membelenggu umat ISLAM masa kini.. yg makin jauh tersimpang dek arus zaman yg melalaikan..tanpa kita sedar agenda YAHUDI dan NASRANI berjaya dilaksanakan. iaitu memisahkan umat ISLAM dgn AL-QURAN.. betul tak? kita mungkin tidak sedar semua ini.. sebab semua org angap benda ini BIASA.. artis dipuja ULAMAK cam mana pulak? contoh nya program realiti Akademi Fantasia..rata2 peserta dan peminat umat islam betul tak? boleh plak berpeluk kat atas pentas tu kalau dah kalah..secara terang2 agama ISLAM itu dipijak sambil diraikan oleh umat Islam itu sendiri...sebenarnya berhibur itu tak salah cuma cara berhibur itu yg buat ia salah...

kalau nak diperkatakan banyak lagi isu yg masih jauh dari selesai.. kita sebagai pelajar dan bakal pemimpin masa depan apakah tindakan kita?perkayakan lah diri kita dgn ilmu.. kita dah ada ilmu engineering kalau ditambah pulak dgn ilmu ISLAM alangkah baik nya..

banyak lak yg senpai tulis ari nie.. kekadang pahit utk kita mengatakan kebenaran kerana syurga itu manis..betul tak.. kalau kita ckp lebih org kata kita ini pelampau plak.. musuh ISLAM berjaya dlm misi nya.. bagaimana kita?

renung2kan lah..kalau kita nak check iman kita senang saje.. semakin cinta kita kepada dunia semakin kuranglah iman kita, semakin cinta kita kepada akhirat yg abadi tinggi lah iman kita..

sekadar coretan dan pendapat..


so aku rasa email yg aku tulis nie dpt ler serba sedikit membuka minda kita.. betapa parah nya umat ISLAM terutama di MALAYSIA.. tanah air ku terCINTA.. tidak aku sedar selama ini aku dibesarkan dalam belenggu ini... hanyalah sedar apabila melihat malaysia dari jauh..

Monday, February 20, 2006

ADUHAI Soleh ker aku...


assalamualaikum wbt..

lama sudah aku tak mencoret kat blog nie asyik dok copy paste jer.. ntah tiba2 dapat ilham nak taip..tadi kawan baik aku kat malaysia.. dia nie member aku dari kecik.. sama2 skolah dulu.. and skarang kat USM... dia email aku tanya tak blk malaysia ka?? so nie ler yg aku tulis:

aku keja kat sini time cuti nanti.. dpt juga simpan duit... boleh kawin.. buat pa buat maksiat lama2.. tak elok....kalu nak bina keluarga berlandaskan islam kena la bermula dgn mengamalkan islam.. dari sebelum kawin sampailah kita kawin...kalu dah institusi keluarga dibina berasaskan islam yg sebenar... lepas tu baru ler bina masyarakat yg paham ttg islam... dah masyarakat paham... masa tu baru ler islam boleh tertegak... time tu ler baru dikatakan negara ISLAM... nie kalu dok ckp ttg islam had hari...rakyat malaysia masih lagi dok tak gheti ttg islam.. lagu mana tu?? kita sendiri tak siapkan diri dgn ilmu.... nie kita budak yg p mengaji kat Universiti... cam mana pulak dgn budak yg sampai SPM ja... yg keja kilang.. yg dok tanam angguq.. apa cerita.. macam macam ada!!! nie la situasi kat malaysia la ni.. nak buat lagu mana???

tak yah buat apa?? kalu kita tak mengubah diri kita nie... sapa lagi?? stakat hafal surah skit ayat skit.. tau skit2 ttg islam cukup.. masalahnyer cukup ker? kalu ckp utk diri kita.. cam mana org lain pulak... cam mana nak berdakwah kat org lain? kalu diri sendiri pon cukup2 makan jer... and kdg2 tu tak cukup..apa cerita semua nie?

kita kata cinta kat ISLAM cinta kat Rasullullah saw.. bila org maki... hina.... pijak ISLAM.. kita dok buat apa?? dok main bola.. main PS2... dating dgn awek... nauzubillahminzalik.. semoga kita tak tergolong dlm golongan ini...

kita cintakan ISLAM kita Cintakan Rasul... kita cintakan MAHA PENCIPTA..
renungkanlah apa sumbangkan kita kat islam... muhasabah diri.. Allah tak minta apa2 dari kita... Allah tak tengok kejayaan kita... tapi ALLAH tengok usaha kita... berjaya atau tak tu ALLAH yg tentukan...

so cam mana kita nak memberi sumbangkan kepada ISLAM? banyak cara..hendak seribu daya... tak mau banyak pulak cerita.. sekadar berkongsi, berbincang, memberi pendapat.. dan yg lebih penting mengingatkan diri ini ttg pentingnya perjuangan.. perjuangan yg menanti SYAHID di pengunjungnya...

TAKBIR!!! ALLAH HUAKHBAR!!!!

Friday, January 27, 2006

Cinta Anta dan Anti

"Cinta Anta dan Anti "
oleh Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalilyang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang seringdibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

Friday, January 20, 2006

WaRKah bUAt MaWAr BeRDuRi

Assalamualaikum wbt..

Semoga berada dalam kemanisan iman dan Islam. Nikmat yg dikurniakan oleh Pencipta kepada kita. Actually there is something i wanna to tell u about. The same thing that i had already told u before. If u still remember about that.. i just wanna to share with u this short novel Seindah Mawar Berduri.

Semoga kita dapat mengambil iktibar dari apa yang dinukilkan oleh penulis. Terutama diri ini yang lemah lagi dhaif tentang indahnya Cinta Agung.. Saya minta maaf selama ini banyak membawa keburukan kepada awak dan melalaikan awak dari mengingati pencipta kita.. sama2 lah kita muhasabah diri ini.. sekali lagi pesanan dan peringatan ini untuk diri yang lemah ini.. dengan ini saya sertakan petikan dari sebuah cerpen..


"Apa yang penting, kita harus tahu, di mana letaknya keutamaan. Tugas utama kita adalah berjuang menegakkan islam. Apa jua yang dilakukan, biarlah ia membawa kita ke jalan itu. Allah tidak melihat hasil, tetapi Dia melihat usaha kita di dalam jalan dakwah ini. Kita tidak dinilai terhadap berapa besar pengorbanan dan penglibatan kita di dalam jalan dakwah ini, tetapi kita dinilai mengikut niat kita di dalam melakukan sesuatu itu. Ketahuilah yang Allah Maha Pengasih lagi Maha Adil.

Bukan mudah untuk menjaga hubungan hati. Ini adalah pemusnah terbesar golongan remaja. Hidup ini bukan untuk satu tujuan ini sahaja. Ingatlah bagaimana nikmat sekalipun perasaan menyayangi dan disayangi, Allah tetap yang tertinggi di dalam hati kita.

Ya Allah, jika jalan yang sedang kami lalui ini adalah jalan yang silap, dan seandainya perhubungan ini menjauhkan kami daripadaMu, maka Kau jauhkanlah hati-hati kami. Hanya padaMu kami berserah….Amin…"


Awak pernah mempersoalankan “ Tak elok saya rindu dan ingat kat awak selalu.”... “jgn telalu kerap call saya.. awak buat saya ternanti2..saya tak suka rasa macam tu..” Apa yang awak luahkan ketika itu semuanya benar. Kata2 awak ini menyerdarkan betapa lalai nya saya.. Asstagfiruullah

Saya harap sedikit sebanyak awak dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan. Semoga novel ini membuka lembaran baru buat kita, dalam memahami urusan tentang permasalahan hati dan perasaan. Ini adalah lumrah kita sebagai manusia ingin dicintai dan mencintai..namun tiada cinta Agung melainkan untuk NYA..

Adakah awak MAWAR BERDURI yang Allah tetapkan untuk kumbang yang dhaif ini? Allah Maha Perancang lagi Maha Mengetahui tentang makhluk ciptananNYA. Allah adalah sebaik baik perancang...

“Put your trust on ALLAH”

Merintih jalan ke arah membina Keluarga yang diredhai Allah swt. Ianya bermula dari saat dan ketika ini...

Wallah huallam..

saya harap kita sama2 bersedia dalam mencari cinta Agung amiiinn..

Hijrah Pemikiran, Mendepani cabaran, Membangun bersama Islam..

Thursday, January 19, 2006

BID'AH HASANAH Bahagian 2

APAKAH ADA BID'AH HASANAH?

Pembicaraan kita kali ini berkenaan dengan perbincangan di seputar ada tidaknya bid'ah hasanah, karena dengan adanya istilah ini, banyak menimbulkan kerancuan dalam memahami apa itu bid'ah dan dalam mewaspadai bahaya bid'ah terhadap Islam dan Muslimin. Oleh sebab itu kami menurunkan pembahasan tentang permasalahan ini untuk kirannya dapat menjadi nasehat bagi pembaca yang budiman dalam memahami permasalahan yang sangat genting dan berbahaya tersebut.

Tulisan 2 dari 3
BAGAIMANA PARA SHAHABAT NABI MEMAHAMI HADITS TERSEBUT

Bila ada permasalahan dalam memahami hadits Nabi Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam, maka kita dituntunkan beliau untuk merujuk kepada pemahaman para Shahahat beliau. Bahkan beliau menerangkan, bahwa jalan keselamatan dari fitnah pertikaian dalam memahami Agama Allah itu ialah dengan merujuk kepada pemahaman para Shahabat Nabi Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam. Hal ini dinyatakan dalam sabda beliau sebagai berikut:
"Sungguh akan datang pada ummatku seperti yang telah datang pada Bani Israi, seperti pasangan sandal satu dengan lainnya. Sampaipun bila dulunya dari mereka ada yang menzinai ibunya dengan terang-terangan, niscaya akan ada dari ummatku yang berbuat demikian. Dan sesungguhnya Bani Israil telah terpecah dalam tujuhpuluh dua golongan, sedangkan ummatku akan terpecah menjadi tujuhpuluh tiga golongan. Semua mereka akan masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat." Para Shahabat bertanya kepada beliau: Siapakah satu golongan yang selamat dari api neraka itu wahai Rasulullah? Beliaupun mejawab: "Yaitu golongan yang beragama dengan caraku dan cara para Shahabatku." (HR. Tirmidzi dalam Sunannya jilid 5 hal 26 no 2641 bab Kitabul Iman Bab Ma Jaa'a fiftiraqi Hadzihil Ummah dari Abdullah bin 'Amru bin Ash).

Demikianlah penegasan Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam bahwa yang selamat dalam kondisi perpecahan ummat Islam, adalah yang merujukkan pemahaman agamanya kepada Rasulullah dan para Shahabatnya. Dengan demikian, adalah perkara yang sangat penting untuk merujuk kepada pemahaman para Shahabat Nabi Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam dalam mencari kepastian tentang pengertian satu hadits. Inilah dasar pemikiran yang paling aman dalam mencari kepastian tentang pengertian satu hadits. Maka dalam memahami apa sesungguhnya pengertian hadits tentang bid'ah itu sebagai kesesatan seluruhnya, mari kita merujuk kepada penjelasan para Shahabat.
Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi bertanya kepada Abdullah bin Ukaim: "Bagaimana Umar bin Khattab menyatakan?" dijawab oleh Abdullah bin Ukaim: "Umar menyatakan: "Sesungguhnya omongan yang paling benar, adalah omongan Allah. Ketahuilah, sesungguhnya sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk dari Muhammad dan sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan dalam perkara agama. Dan semua yang baru dalam perkara agama adalah bid'ah. Dan semua bid'ah itu adalah sesat." (Riwayat Al-Imam Al-Laikai dalam Syarah I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah riwayat ke 100).
Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radhiyallahu 'anhuma menegaskan: "Semua bid'ah itu adalah sesat, walaupun banyak orang memandangnya sebagai hal yang baik." (Riwayat Al-Laikai dalam Syarah I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah riwayat ke 126).
Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu menyatakan: "ikutilah Sunnah Nabi dan jangan kamu membikin bid'ah. Karena sesungguhnya kalian telah dicukupi dengan Sunnah Nabi dan semua bid'ah itu adalah sesat." (Riwayat Al-Laikai dalam Syarah I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah riwayat ke 104).

Pemahaman para Shahabat Nabi tersebut karena adanya hadits lain yang meriwayatkan sabda Nabi Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam yang berbunyi:
"Baransiapa yang membikin sesuatu yang baru dalam agama kami ini, padahal ia bukan bagian dari agama ini, maka sesuatu yang baru itu adalah sesuatu yang tertolak." (HR. Bukhari no 2697 dan Muslim no. 1718 dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha).

Jadi di samping dinilai sebagai sesuatu yang sesat, maka sesuatu yang baru itu juga dinilai sebagai sesuatu yang tidak diterima oleh Allah amalannya. Maka para Shahabat Nabi yang tentunya lebih paham tentang pengertian sabda Nabi, mereka memahami hadits Nabi tersebut sesuai dengan apa yang tersurat dalam lafadhnya. Yaitu semua yang baru dalam perkara agama itu adalah bid'ah, dan semua bid'ah itu adalah sesat.

BID'AH HASANAH Bahagian 1

APAKAH ADA BID'AH HASANAH?

Pembicaraan kita kali ini berkenaan dengan perbincangan di seputar ada tidaknya bid'ah hasanah, karena dengan adanya istilah ini, banyak menimbulkan kerancuan dalam memahami apa itu bid'ah dan dalam mewaspadai bahaya bid'ah terhadap Islam dan Muslimin. Oleh sebab itu kami menurunkan pembahasan tentang permasalahan ini untuk kirannya dapat menjadi nasehat bagi pembaca yang budiman dalam memahami permasalahan yang sangat genting dan berbahaya tersebut.
Tulisan 1 dari 3

AWAL MULA ADANYA PENDAPAT TENTANG BID'AH HASANAH

Mula pertama adanya istilah bid'ah hasanah itu sesungguhnya dari ijtihad Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i rahimahullah. Hal ini sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Nu'aim Al-Asfahani rahimahullah dalam kitab beliau Hilyatul Auliya' jilid 9 halaman 113 dengan sanadnya dari Harmalah bin Yahya bahwa dia menceritakan: Aku mendengar Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i menyatakan:
"Bid'ah itu ada dua: Bid'ah yang terpuji dan bid'ah yang tercela. Maka apa saja yang mencocoki As-Sunnah, berarti dia itu adalah bid'ah yang terpuji; dan yang menyelisihi As-Sunnah, maka ia adalah bid'ah yang tercela." Kata Abu Nu'aim: "Beliau berpendapat demikian, karena berhujjah dengan omongan Umar bin Al-Khattab yang mengatakan tentang Qiyam Ramadhan (yakni shalat tarawih): "Bid'ah yang baik itu adalah yang seperti ini."

Disamping omongan Umar bin Khattab radhiyallahu 'anhu yang menjadi landasan bagi Asy-Syafi'i, juga omongan Al-Imam Al-Hasan Al-Basri rahimahulah, imam dari kalangan Tabi'in yang menyatakan:
"Membikin majlis di masjid yang isinya kisah-kisah yang mengandung pelajaran adalah perbuatan bid'ah, akan tetapi betapa bagusnya bid'ah yang satu ini. Berapa banyak saudara kita yang mendapat manfaat dari majlis ini. Dan betapa do'a yang dipanjatkan di majlis ini dikabulkan oleh Allah Ta'ala."

Demikian diriwayatkan oleh Al-Imam As-Suyuthi dalam kitabnya Al-Amru bil Ittiba' wan Nahyu Anil Ibtida' halaman 88.

Dengan keterangan yang demikian ini, khususnya yang bermadzhab Asy-Syafi'i, mereka sangat getol dalam berpendapat bahwa bid'ah itu ada yang dinamakan bid'ah hasanah dan ada pula yang dinamakan bid'ah madzmumah (yakni tercela).

Perkataan Imam Asy-Syafi'i tersebut di atas sangat berbeda dengan sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam tentang bid'ah. Beliau bersabda:
"Dan hati-hatilah kalian dari perkara agama Islam yang baru diadakan (yakni perkara agama yang tidak pernah dikenal oleh Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam atau tidak pernah dikenal oleh para Shahabat beliau). Karena segala perkara baru itu adalah bid'ah dan seluruh yang dinamakan bid'ah itu adalah sesat dan segenap orang yang sesat dan mati dalam keadaan tidak taubat dari padanya, maka ia di neraka." (HR. An-Nasa'i dan At-Tirmidzi dan beliau mengatakan: Hadits HASAN SHAHIH)

Perbedaannya terletak pada sisi, dimana Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam menyatakan bahwa semua bid'ah itu adalah sesat. Sedangkan Imam Syafi'i menyatakan bahwa tidak semua bid'ah itu sesat, tetapi ada yang hasanah (baik) dan ada yang madzmumah (tercela). Maka bila kita konsisten dengan pengakuan kita bahwa kita bermadzhab Syafi'i, tentunya kita berpegang dengan apa yang menjadi prinsip Imam Asy-Syafi'i rahimahullah. Prinsip beliau dalam memahami Islam telah dinyatakan dalam beberapa penegasan beliau sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Hafidz Abu Nu'aim Ahmad bin Abdullah Al-Ashfahani rahimahullah dalam kitabnya yang berjudul Hilyatul Auliya' jilid 9 halaman 106 s.d. 107 sebagai berikut:

"Bila telah pasti keshahihan satu hadits bahwa itu dari Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam, maka aku pun berpendapat seperti yang tertera di hadits itu dan aku bermadzhab dengannya dan aku tetap berpendapat dengannya. Dan bila satu hadits itu tidak aku yakini keshahihannya, aku pun tidak berpegang dengannya dalam berpendapat."

Juga beliau menyatakan:

"Setiap aku berpendapat dengan suatu pendapat, dan ternyata pendapatku itu berbeda dengan riwayat shahih dari sabda Nabi Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam, maka hadits Nabi yang shahih itu lebih utama untuk kamu ikuti dan jangan bertaqlid (yakni ikut membabi buta –pent) kepadaku." (Al-Hilyah jilid 9 hal. 106-107).

Juga beliau menegaskan :

"Apabila engkau dapati ajaran dari Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam, maka ikutilah ajaran itu dan jangan kalian menoleh kepada pendapat seorang pun." (Al-Hilyah jilid 9 hal. 106-107)

Al-Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Utsman Adz-Dzahabi rahimahullah juga meriwayatkan dalam kitabnya yang berjudul Siar A'lamin Nubala' jilid 10 hal. 34 pernyataan Al-Imam Asy-Syafi'i rahimahullah sebagai berikut:

Ar-Rabi' bin Sulaiman Al-Muradi meriwayatkan: Aku mendengar Asy-Syafi'i menyatakan: "Apabila kalian mendapati dalam kitabku perkara yang berbeda dari Sunnah Rasulillah Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam (yakni ajarannya), maka hendaknya kalian berpendapat sesuai dengan Sunnah itu, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan padanya."

Maka dengan berbagai riwayat pernyataan Al-imam Asy-Syafi'i tersebut, mestinya bila kita konsisten dengan madzhab Syafi'i, kita merujuk kepada sabda Nabi Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam tentang kenyataan bahwa bid'ah itu semuanya sesat. Dan kita meninggalkan pendapat Al-Imam Asy-Syafi'i yang menyatakan bahwa bid'ah itu tidaklah semuanya sesat, akan tetapi ada yang sesat dan ada yang hasanah (yang baik). Apalagi Imam Syafi'i dalam berijtihad sehingga melahirkan pendapat yang demikian itu berdalil dengan omongan Umar bin Khattab dan bukan berdalil dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kita meninggalkan pendapat seorang Imam karena pendapatnya tidak mencocoki Sunnah Nabi, bukanlah berarti kita mencerca atau menghina Imam tersebut. Akan tetapi kita meninggalkan pendapat beliau dalam satu masalah, adalah karena bimbingan beliau juga dalam mentaati Sunnah Nabi. Kita juga menilai pendapat seorang Imam itu tidak mencocoki Sunnah Nabi, bukan berarti kita menilai bahwa Imam tersebut telah menyimpang dari Sunnah Nabi. Akan tetapi kita menilai demikian karena kita diajari oleh beliau-beliau para Imam itu, bahwa seorang Imam itu tidaklah ma'shum (ma'shum itu maknanya ialah terjaga dari kemungkinan lupa dan salah dalam berijtihad memahami Islam) seperti ma'shumnya Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam. Bahkan Nabi kita mengajari kita bahwa kekeliruan dalam berijtihad itu sebagai orang yang mengemban ilmu Al-Qur'an dan As-Sunnah bukanlah tercela bahkan sebagai amalan yang diberi pahala oleh Allah dengan satu pahala. Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa alihi wasallam bersabda:

"Apabila seorang hakim menetapkan satu hukum dengan berijtihad kemudian ijtihadnya benar, maka dia mendapat dua pahala. Dan apabila dia menetapkan satu hukum dengan berijtihad kemudian ternyata ijtihadnya salah, maka dia dapat satu pahala." (HR. Al-Bukhari dalam Shahihnya kitab Al-I'tisham bil Kitab was Sunnah bab Ajril Hakim Idzajtahada fa Ashaba wa Akhta'a hadits ke 7352 dari Amr bin Ash radhiyallahu 'anhu)

Saturday, January 14, 2006

Siapa Yang Paling Kejam..

Oleh Nor Azura binti Yahaya

Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam. Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu, dan akhirnya peremuan itu pengsan.
Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata,
"Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga mati. Dan dia berkata:
"Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab:
"Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Iraq. Lelaki pertama ialah Saddam. Lelaki kedua adalah Negara Barat. Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.

Wednesday, January 11, 2006

Pemikiran Lapuk Yang Perlu Diubah

Pemikiran lapuk yg perlu diubah
oleh: Ustaz Maszlee

Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?". Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin". Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi". Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi kan ustaz ahli JIM". Saya membalas sambil tersenyum, "Ya, saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslim Profesional Forum, ahli Pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada ABIM, Ricoi, Hunafa, Accin, US, PAS, keADILan, UMNO dan macam-macam lagi "jemaah". Siswa tersebut menggaru kepalanya kebingungan, terus dia bertanya lagi, "Jadi ustaz tidak berpendirianlah...atas pagar lah ye?". Soalannya kali ini benar-benar membuatkan saya tergelak besar. Saya sekali lagi mengatakan kepadanya, "Anda masih lagi hidup di zaman 70'an, 80'an dan 90'an...masih lagi di takuk pemikiran Jemaah Centrid"

Jemaah Centric:

Ya, sememangnya pemikiran jemaah centric yang mendominasi pemikiran pencinta dakwah dan juga pejuang gerakan Islam di Malaysia selama lebih tiga dekad lalu. Impaknya amat ketara, selain daripada kesan positif yang mendorong kepada banyak perubahan di Malaysia, pemikiran jemaah centric juga menimbulkan banyak kesan negatif. Perbalahan, perpecahan, pergeseran hati, malah di sesetengah tempat membawa kepada pergaduhan.

'Jemaah ana lebih tua!', 'jemaah ana lebih tarbiah', 'jemaah ana lebih memperjuangkan sunnah', 'jemaah aku lebih agresif", 'jemaah saya lebih memperjuangkan khilafah', 'jemaah saya ada Imam Mahdi!' . Itulah di antara slogan-slogan yang sering berkumandang selama lebih tiga dekad di Malaysia di kalangan ahli pelbagai pertubuhan Islam. Akhirnya masing-masing tenggelam di dalam menegakkan jemaah masing-masing yang dianggap lebih utama, lebih awla, lebih "asalah" (tulen), lebih hebat dan lebih segala-galanya daripada jemaah-jemaah yang lain. Kesimpulannya, jemaah centric adalah satu pola pemikiran yang lebih banyak membawa kepada perpecahan daripada penyatuan!

Lebih menyayat hati lagi ialah apabila para pendukung jemaah-jemaah yang berjuang demi nama jemaah masing-masing ini menggunakan dalil-dalil yang dipengaruhi oleh tafsiran nafsu mereka untuk menegakkan kebenaran "yang mereka dakwa". Contohnya dalil-dalil yang menyeru supaya umat Islam bersatu ditafsirkan agar bersatu di bawah satu jemaah, iaitu jemaah yang mereka perjuangkan sahaja. Begitu juga hadis-hadis yang menyeru agar umat Islam melazimi jemaah (iaitu kaum Muslimin) sering ditafsirkan sebagai bersatu di bawah "jemaahnya" sahaja dan bukannya jemaah lain. Hadis yang menghalalkan darah golongan yang meninggalkan jemaah Muslimin (meninggalkan agama Islam) juga ditafsirkan oleh sesetengah golongan yang taasub jemaah sebagai dalil untuk menghalalkan darah mereka yang bukan dari jemaah mereka.

Tidak hairanlah di zaman 90'an, antara buku-buku "Haraki" yang timbul adalah berkaitan usaha menonjolkan "kebenaran" jemaah masing-masing. 'Haram ta'adud jamaah' (haram wujudnya lebih dari satu jemaah) dan 'wajib hanya ada satu jemaah di bumi Malaysia' menjadi slogan yang suci bagi sesetengah golongan seolah-olah menafikan kebaikan jemaah lain. Gejala takfir, menyesatkan, memulaukan dan juga memperkecil-kecilkan kumpulan lain juga menjadi satu "sunnah" sesetengah golongan pelampau pendukung pemikiran jemaah centric. Keadaan yang lebih parah dapat disaksikan di IPT yang menjadi gelanggang tarik menarik pelajar-pelajar baru oleh jemaah-jemaah ini. Di luar Timur Tengah keadaan semakin serius sehingga ada insiden tumbuk menumbuk dan juga pergaduhan demi mempertahankan jemaah masing-masing. Begitulah impak buruk pemikiran jemaah centric ini yang telah menjadi satu fitnah yang melanda umat Islam.

Kebangkitan Tahun 1998

Jika tidak kerana reformasi 1998, nescaya pemikiran jemaah centric akan terus kekal. Di sebalik kepahitan ada rahmat, itulah hikmah yang boleh diambil daripada peristiwa reformasi 1998. Kebanyakan pendukung jemaah centric telah mula bersatu dan boleh menerima kewujudan jemaah yang berbeza. Mereka mula sedar bahawa jemaah mereka sahaja tidak akan dapat membawa perubahan kepada masyarakat Malaysia. Antara impak yang paling ketara terhadap perubahan ini ialah terbentuknya "Barisan Alternatif" yang digagaskan oleh unsur-unsur jemaah centric. Sayangnya, selepas perubahan tersebut tidak kekal. Bukan hanya sekadar perpecahan berlaku dalaman "Barisan Alternatif", malah kejayaan menawan negeri Terengganu menggelap mata sesetengah golongan untuk memonopoli kejayaan walaupun hakikatnya usaha itu hasil kolektif pelbagai pihak. Terbukti pemikiran jemaah centric masih mempengaruhi sesetengah pihak sehingga membawa kepada perpecahan.

Maka, apakah penyelesaiannya? Apakah jemaah-jemaah yang wujud perlu dileburkan menjadi satu jemaah yang unggul sahaja? Dengan itu umat Islam semua akan bersatu di bawah satu panji "ummah" sahaja tanpa khilaf dan perpecahan!

Bunyinya begitu indah, hakikatnya slogan-slogan tersebutlah yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang lebih teruk. Slogan "kembali kepada satu jemaahlah yang telah menyebabkan krisis di antara jemaah berterusan, dari dulu, kini dan selamanya. Mengapa? Ini kerana tabiat manusia itu berbeza, gaya pemikirannya berlainan, tahap pemikiran tidak sama, dan manusia itu sendiri secara fizikalnya berbeza-beza. Perkara inilah yang telah disentuh oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya "al-Sahwah al-lslamiyyah baina al-Ikhtilaf al-Masyru' wa tafarruq al-mazmum"

Pemikiran "Ummah Centric"

Tiada salahnya kewujudan jemaah-jemaah selagi mereka berpaksikan pemikiran "Ummah Centric" dan bukannya "Jemaah Centric". Tidak salah wujudnya jemaah-jemaah selagi ia wujud sebagai organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan perubahan secara kolektif, dan tidak lebih daripada organisasi yang menghimpunkan ahli-ahli yang mempunyai persamaan dan keserasian untuk mencapai objektif yang sama. Tiada salah juga berjemaah selagi ia membawa kepada penyatuan tenaga untuk melakukan kerja-kerja Islam di bawah satu organisasi yang tersusun kemas selaras dengan seruan Allah SWT: "Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berperang di jalan-Nya di dalam satu barisan, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh"(al-Saff: ayat 3).

Jangan lebih daripada itu hendaknya. Jika adanya unsur 'jemaah saya yang utama', 'Jemaah saya yang paling hebat', 'jemaah saya yang paling hebat tarbiah', 'jemaah saya yang paling sunnah", 'jemaah saya yang paling ulama' dan lain-lain kredibiliti yang mengatasi kesatuan ummah, maka perpecahan akan segera timbul.

Pemikiran 'Ummah Centric' perlu dihayati oleh seniua umat Islam seperti mana ia dihayati oleh umat terdahulu. Bukankah Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah aku." (al-Anbiya: ayat 92), dan juga firman Allah SWT, "Sesungguhnya mukmin tu bersaudara, maka damaikanlah dua saudaramu (yang bertelagah)." (al-Hujuraat: ayat 10).

Begitu juga dengan hadis-hadis yang menekankan kepentingan ukhuwah dan kesatuan umat. Pemikiran ummatik inilah yang semestinya mencorakkan cara berfikir, cara berukhuwah, cara bertindak dan juga cara menilai sesuatu. Janganlah ada pilih bulu dalam berukhuwah, jika seseorang itu satu jemaah, maka itulah "sahabat", "ikhwah", "puak" atau golongan kita. Orang dari jemaah lain pula diberikan layanan kelas kedua, hanya kerana mereka bukan "ahli jemaah" kita.

Dalam menuntut ilmu juga begitu juga hendaknya, dan bukannya sikap mengikuti atau mendengar atau menghadiri hanya kuliah-kuliah dan kelas-kelas pengajian "oghe-oghe kito" sahaja dan menutup telinga dan pintu hati pada orang-orang dari jemaah lain. Dalam membaca begitu juga, Janganlah hanya membaca literasi "harakah" yang versi "fikrah kita" sahaja dan memandang sepi literasi hasil tulisan orang-orang dari kumpulan lain, walhal kemungkinan apa yang ada pada orang lain itu lebih bermanfaat dan lebih baik.

Pemikiran ummatik ini perlu disemadikan di dalam hati para pencinta Islam dan pejuang-pejuang syariat Islam agar segala usaha dirasakan sebagai tanggungjawab bersama. Jika beroleh kemenangan, ia tidak akan dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja, tetapi dirasakan sebagai milik semua. Jika ada kelemahan terhadap usaha orang lain, pihak yang nampak kelemahan tersebut, walaupun dari jemaah lain, akan segera membantu untuk memperbaikinya dan bukan menghentam atau menjadikannya sebagai hujah untuk menjatuhkannya. Pemikiran ummatik juga akan membuatkan semua jemaah melihat jemaah-jemaah lain sebagai rakan setugas, rakan sepasukan dan juga rakan seperjuangan, yang walaupun lain gaya bekerja, tetapi tetap di bawah satu majikan yang sama.

Pemikiran ummatik juga akan menguatkan lagi usaha-usaha untuk tajdid, islah dan dakwah. Sinergi di antara jemaah di atas usaha-usaha bersama akan lebih banyak dan lebih memberikan impak. Tanpa prejudis, tanpa kebencian, tanpa hasad,tanpa fitnah memfitnah, tanpa jatuh menjatuhkan, tanpa hentam menghentam, dan yang penting lagi tanpa merasakan orang di luar jemaah kita adalah "orang lain". Jika semua pendukung jemaah-jemaah yang wujud dapat merasakan bahawa semua jemaah-jemaah dan juga orang-orang lain yang mungkin tidak berjemaah sebagai saudara seummah mereka, di waktu itu, insya-Allah keberkatan dan bantuan Allah akan turun. Hal ini perlu dimulakan segera, bermula dengan pemikiran dan juga hati!

Fiqh Ikhtilaf :

Selain daripada berfikiran ummah centric, para pencinta Islam juga wajib menghayati flqh dan juga adab berikhtilaf. Kata-kata Imam al-Syafi'i yang berbunyi : "Pandanganku adalah benar menurut pendapatku, tetapi berkemungkinan silap, dan pendapat lawanku adalah silap pada pandanganku, tetapi berkemungkinan mengandungi kebenaran". Kata-kata al-Marhum Rashid Redha yang kemudiannya dipopularkan oleh Hassan al-Banna juga merupakan satu kaedah emas yang boleh dijadikan penawar di dalam menangani masalah perpecahan disebabkan pemikiran jemaah centric.

Beliau berkata: "Kita bekerjasama di dalam perkara yang kita sepakati dan kita berlapang dada di dalam apa yang kita perselisihkan"

Di dalam berikhtilaf semua pihak perlulah ikhlas dan benar-benar meletakkan Islam sebagai matlamat mereka dan bukannya jemaah atau fikrah. Bunyinya seperti mudah, namun pelaksanaannya tidak semudah diucapkan. Sekali lagi ia perlu bermula dari hati, dari pemikiran dan juga dari roh" ummah centric".


* Centric membawa maksud : paksi, jemaah centric membawa maksud pemikiran berpaksikan jemaah, manakala ummah centric pula membawa maksud, pemikiran berpaksikan konsep satu ummah.

Sunday, January 01, 2006

Perantau


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu
Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang
Oh pejuangDi manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah