Thursday, October 06, 2005

Alhamdullillah syukur kehadrat ILLAHI, setinggi- tinggi syukur dipanjatkan ke atas NYA. Setelah sekian lama ingin sekali memiliki blog sendiri. Akhirnya dengan kelapangan masa yg diberikan oleh NYA, tercapai jua hasrat diri ini.

Ramadhan telah 3 hari berlalu. inilah kali kedua menyambut bulan Ramadhan di bumi UK ni. Semuanya tidaklah asing, seperti yg dirasai tahun lepas. this year ramadhan membuatkan aku lebih bersedia compare to last year. tiada lagi kejutan or suasana yg asing bagi aku. last year solat terawikh terasa asing kerana tiada selawat diselangi dengan solat. suasana pun terasa tidak meriah seperti di malaya. namun itulah hakikat ramadhan di perantauan. but this year suasana ni sudah biasa untuk aku. yg penting kat mana jua aku berada di muka bumi ALLAh ini. selagi itulah aku bukan sekadar mencuba BUT MESTI mengikut segala perintah NYA dan meninggalkan segala laranganNYA.

sedar tak sedar dah masuk tahun ke2 aku kat Manchester ni. kedatangan pelajar baru di manchester mengimbau kembali kenangan aku ketika pertama kali memijak kaki di bumi UK ini. 16 sept 2004 buat pertama kali nya aku fly jauh dari rumah, first time keluar dari malaysia. setibanya di heathrow airport, 4.30 ptg 16 sept 04. angin dingin menyambut kedatangan aku di bumi UK ni. connecting flight dari heathrow ke manchester kul 7.30mlm. setelah selesai pemeriksaan dari pihak kastam UK, yg memnyebabkan kami hampir2 terlepas flight ke manchester. After 45 minutes aku selamat mendarat di bumi manchester ini. maka disini segalanya bermula...