Tuesday, October 06, 2009

Macam - macam raya - Part 1

-Day 1 Raya-

Allahuakhbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Takbir raya berkumandang. Setelah selesai solat subuh aku pun landing di sebelah Ameer yang masih lagi tidur. Umi turun ke tingkat bawah buat final housekeeping. Aku apa lagi kena jaga si kecik, takut jatuh katil. Semalam Umi sudah iron semua 3 pasang baju Abi, Umi and Ameer. Colour tema tahun ini Oren Peach Umi yang pilih, Aku ikut saje. Sebelum ke Masjid untuk solat aidil fitri, sempat juga aku belasah 1 pinggan ketupat nasi dgn lemang berkuah kacang dan rendang daging.

Setelah selesai solat dan khutbah raya aku mula melangkah keluar dari masjid Matang Gerdu. Masjid penuh sesak suasana biasa semua perantau pulang ke kampung. Dari plat kenderaan pun dapat diduga bukan dari daerah ini. Ramai juga perantau dari kampung ini, termasuklah aku  .

Di rumah seperti biasa, dimulakan dgn sesi maaf – maafan, untuk anak buah, time for duit raya. Next sesi photography, snap sana click sini, apasal tak ada flash ni? Adius, flash rosak, tak nak nyala plak. Nasib baik ada warranty lagi. Lepas raya ni kena la aku bawa Alpha 300 ke service center, sensor pun kena calibrate sebab susah nak focus. So minta maaf, gambar kurang cantik skit.


Petang, beraya di rumah abang zaki. On the way balik, ayah bawa ke dapur arang. Suka betul Ameer naik boat di dapur arang.


End of Day 1


-Day 2 Raya-

Hari ini planning nak ke rumah Mak Long and Pak Lang di Lubuk Buntar. Mak suruh aku ambik Tok di rumah Cu.
“ Assalamualaikum, pagi- pagi lagi dah gilap motor. Nak pi mana Mamat?”

“ Nak beraya la abang” jawab ringkas dari Mamat. Biasa la budak baru dapat motor. Sekolah asrama, time cuti baru dapat rempit dengan motor ini. Aku pun bawa Tok naik kereta terus ke destinasi rumah Pak Lang. Berkonvoi 3 biji kereta. Abang long, Kak Baya and family dan kereta aku.

Lama juga lepak rumah Pak Lang, siap makan tengah hari lagi. Selesai makan, Kami pun lepak di serambi rumah sambil mendengar cerita Pak Lang ketika dalam unit risikan RAMD zaman 70’an.

Next, singgah minum teh di rumah Mak long, hanya 500 meter dari rumah Pak Lang. Tepat pukul 4 ptg, kami mula beransur untuk pulang. Handphone Ummi berdering, dapat call dari ayah, Mamat accident motor, ada di hospital Seberang Jaya.

Baru tengah hari tadi si Mamat gilap motor depan rumah, bila masa pulak dia sampai ke Seberang Jaya. Di sebabkan accident dalam kawasan jajahan aku, so aku secara tidak langsung menjadi tour guide untuk ke Hospital Seberang Jaya.
“ Hang tau tak macam mana nak ke Hospital dari sini?” Tanya Abang Long.

“ Tahu, nasib baik ada GPS, Abang Long ikut belakang ok.” Kami pun bertolak untuk beraya di Hospital pulak .

Setiba di hospital, “ Saya nak check patient nama Muhamad Khairullah” tanya abang long di kaunter kecemasan.

“ Nama dia tiada dalam list di sini, tapi encik bleh check di kaunter 5” kami pun ke kaunter 5.

“Muhamad Khairullah ada di wad 3.” Kami mula mencari signboard wad 3. Kelihatan signboard wad 3 ( Orthopedic). Confirm mesti ada yang patah. Mamat terbaring atas katil, tangan berbalut, habis baju raya koyak sana sini.

“Pasai apa hang tak terbang dengan motor sekali.” Mamat hanya tersengih.

Doctor datang tunjuk X – tray, pergelangan tanggan patah. Malam ini operate, esok tgh hari boleh discharge. Sebelum balik, aku dengan abang long nak buat report polis. So kami drive ke IPD Bukit Mertajam di perda.

“ Minta maaf encik, di sini hanya unit jenayah, aduan kemalangan di bawah unit traffic di bukit mertajam, balai polis lama sebelah Submit.”

Adus, aku ingatkan IPD sebesar ini semua ada. Kena pi BM pulak…

“ Encik tidak boleh buat report, orang yang terlibat dengan kemalangan sahaja yang boleh buat report.” Terang pegawai traffic. Macam itu pulak. Aku dengan Abang long melangkah longlai keluar dengan hampa.huhuhu…

Drive balik Bagan Serai, end of Raya day 2….Macam – Macam Raya…

-Day 3 Raya-

Hari ini turn balik raya rumah aku di penang. Macam mana pun aku kena settle problem mamat dulu. Nak buat report polis kena ada geran motor dengan cover note insurance. Motor beli cash, geran pula cari tak jumpa. Tengah hari tu, aku bawa Cu ke kedai motor di Kuala Kurau minta fotocopy geran dengan insurance.

Kedai papan nampak buruk je. Tapi aku salute dengan filing system. Semua data base ada dalam computer. Just key in nama dengan IC no. then boleh cari which file. Selesai

Abang long arrange discharge Mamat dari wad. Aku rasa tugas aku sampai di sini saja, Tak sabar nak balik beraya di Penang. Janji dengan mak balik tengah hari, sekarang sudah petang. Lagi pun kawan mamat ada, budak BM, so dia boleh guide Abang long. SETTLE.

Aku bertolak dari hospital seberang jaya menuju ke Penang Bridge.


End Of Day 3… part 2 to be continued on Macam – Macam raya….

No comments: