Tuesday, September 29, 2009

- 29 Ramadhan 1429 -

29 Ramadhan 1429 bersamaan 29 September 2008, jam 7:30 pagi aku dapat call dari Hospital Pearl Maternity.

“ Hello, Wife encik sudah nak bersalin. Baru saja di pindahkan ke bilik bersalin”

“ Ok, saya baru nak keluar rumah. Terima kasih” jawab aku ringkas. Sememangnya aku sudah bersiap dari awal lagi.

“ Mak, shima dah nak bersalin” mak pantas bersiap.

Hanya aku dengan emak saja. Yang lain belum mandi lagi, akan menyusul kemudian dengan kereta ateh. Aku mula memandu,. Pagi itu hari isnin, jalan lengang, langit macam nak hujan, aku terus memandu. Walaupun perjalanan hanya kurang dari 10 minit, namun terasa jauh bangat.

“ Wife encik ada di level 2, bilik bersalin” sapa nurse yang bertugas, belum sempat aku bertanya. For sure wife aku sorang saja yg bersalin pagi ini.


“ Tapi, sorang saja yang boleh naik, Mak encik kena tunggu di waiting room.”

“ Ok, mak tunggu kat sini. Org naik atas dulu”

“ Naik cepat, mak tunggu kat bilik ini”

Lambat pula lift ini. Aku pon tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa itu. Yang aku ingat, aku buat cool je. Sambil mengalas beg camera canon, aku melangkah masuk dalam lift. Aku teringat kisah Kak Baya masa bersalin dulu, Abang Zaki hampir pengsan tengok darah. Tapi aku tak ada allergic dengan darah pun.

“Ting!!!” pintu lift terbuka. Aku pun keluar dan terus ke bilik bersalin yang berhadapan dengan pintu lift. Umi sudah bersedia di atas katil. Doctor dengan assistant dia sibuk membuat persiapan.

“ Ok, bila saya kat push, awak push ok.” Kata Dr. Rosita graduan daripada University of Adelaide, Australia yang penuh dengan pengalam dalam bidang ini. Umi hanya mengangguk. Sudah mula rasa sakit agaknya. Aku genggam erat tangan Umi. First time, dalam bilik bersalin, everything fine.

Ketika hujan sedang turun lebat di luar tingkat, Aku dengar tangisan pertama tepat jam 8.30am. Alhamdullilah seorang baby boy di sambut oleh Dr Rosita. Aku cium dahi umi, sambil memanjat syukur kehadrat Allah swt. Both Umi and Baby selamat.

“ Encik, baby boy, Alhamdullillah semuanya cukup sifat” terang Dr Rosita kepada aku sambil mendukung baby ke arah aku. Menandakan baby ini sempurna sifat. Assistant Dr Rosita, senior nurse yang aku tak ingat namanya meletakkan baby di atas katil baby.

“ Saya nak ambik gambar baby skarang boleh?” tanya aku kepada senior nurse.

“Boleh” aku terus keluarkan Canon 350 D dari beg sendeng. Agak terkejut nurse tengok camera aku. Mungkin dia ingatkan camera compact kot. Setelah semuanya selesai. Aku turun ke bawah.

“Opah dapat cucu lelaki lagi sorang. Semua ok, umi ok baby pon ok”

“Alhamdullilah” terpancar wajah kegembiraan dari raut wajah mak. Aku pon hampir-hampir menitis air mata kesyukuran. Aku segera mencari surau.


“Allahuakbar” aku mengangkat takbir, memulakan solat sunat dua rakaat dan sujud syukur.

Selesai solat sunat, aku turun ke bawah. Baby pun telah dibersihkan dan dibalut dgn kain. Aku dukung baby dan mula azan di telinga kanan, diikuti dengan qamat di telinga kiri. Mak memulakan acara ‘belah mulut’ dengan buah kurma dan air zam zam.

Alhamdullilah semuanya selesai. Baby ini diberi nama AMEER DARWISH bererti Pemimpin Warak…..


Happy birthday Ameer Darwish




@bu Ameer.

Thursday, September 17, 2009

Syndicate Penembak Curi

Taken somewhere in Balik Pulau, with all the expertise and expensive cameras.




Hati Baik, Amalan kena Baik

Satu situasi di sebuah shopping complex. Base on the truth story.

"Assalamuaalaikum” salam Ustaz Sahul kepada sorang pengkid.

“ Waalaikumussalam” pengkid jawab dgn wajah sedikit jangkal. Terkejut agaknya, seorang yg berjanggut dan berkopiah memberi salam kepadanya.


Image @ Kosmo.com.my

“ Saya tengok awak ni segak (lawa)” puji Ustaz Sahul, walaupun penampilan pengkid ini tidak langsung menonjolkan sifat sabagai seorang wanita muslim. Berambut pendek tercacak-cacak , berpakaian ala-ala lelaki. Namun masih terserlah kecantikan dan kewanitaan pengkid tersebut.

“Ye ke?” agak malu-malu pengkid ini menjawab.

“Betul saya tengok raut wajah awak cantik dan bersih. Tapi pasai apa pakai macam ni. Berpakaian macam laki” pujian diselit dgn pertanyaan dari Ustaz Sahul.

“Nampak je saya macam ini, tapi hati saya baik.” Jawapan itu yang ditunggu-tunggu oleh Ustaz Sahul.

“Kalau hati saja yang baik, tidak diikut dengan amalan yang baik, tak jadi juga. Sebagai contoh, hati saya baik untuk menegur benda yang mungkar, contohnya saya nak tegur Cik adik. Saya datang dekat dengan cik adik, lepas itu saya terus bagi penampar dua tiga kali. Sebab hati saya baik nak menegur benda yang mungkar. Tapi perbuatan saya tak kena dengan niat baik saya. Akhirnya benda tak baik akan berlaku.” Panjang lebar Ustaz memberi penerangan.

“Hmmm…” ada betul juga cakap ustaz ini, pandangan pengkid agak redup.

“ Kalau nak dapat pahala, hati baik saja tidak cukup, amalan pun kena baik juga. Kalau tidak tak ada gunanya, ni no hp saya, kalau ada apa-apa yang nak dibincangkan boleh datang ke sekolah saya” Tambah Ustaz sambil terus berlalu sambil mendoakan agar pengkid tersebut dibukakan hatinya oleh Allah swt.

Pengkid hanya berdiri kaku, masih memegang bisness card dari Ustaz yang mula mengatur langkah meningalkan dirinya yang masih mencari Purpose Of Life….



@bu Ameer

Wednesday, September 16, 2009

Iftar...



'Salam, Kami nak berbuka ramai2 hari ni, Hang nak join tak?' aku dapat msg dari zul. lama jugak aku tak berbuka dgn budak2 nie ada la 5 thn kot.

' Aku ada kat kg Bagan Serai, esok aku blk penang. Berbuka esok bleh?'

' Budak2 nie tak bleh plak hari nie. kita berbuka esok lah' zul reply msg aku.

ok set, Cha'in and zul yg organize iftar kali ini. Cha'in memilih restoran Bengkok Tom Yam aku tak tau kenapa dia suka mai sini, maybe tempat dia dating kot huhuhu. Menu pun Cha'in yg pilih, Ok not bad sedap jugak.

aku, zul, hafiz, cha'in, nazir, haswad, azrul. cuma kami bertujuh saja yg available. yg lain ada kat KL , sorang tu kat Sibu. Kira ok la, harap Raya nanti semua bleh jumpa InsyaAllah.


Semua bantai makan cukup2 tak ada yg tinggal langsung, tambah lagi ada la. Berselera betul budak2 ni makan. Sambil makan sambil cerita kisah dolu dolu... itu pon Poen tak da.. kalu ada mau pecah perut semua org.. Alhamdullilah selesai berbuka, kami solat magrib berjemaah di surau depan tabung haji.