Sunday, August 30, 2009

Cinta Sempurna




"Kenapa Tuhan jadikan rambut untuk wanita untuk ditutup dengan tudung? If tuhan tidak benarkan wanita mendedahkan rambut,He can create women hairless? Lagipun rambut ini kan ciptaan Tuhan tak salah kalau kita dedahkan, untuk menunjukan kebesaran tuhan?" Provokasi Shila kepada Ustaz Nazir.

Cinta Sempurna sebuah drama hasil dari cerita asal Uzt Hasrizal, memaparakan kisah dua beradik Shila dan Najib anak kepada seorang dato' baru pulang dari London yg mempunyai pandangan skeptic terhadap ISLAM dan diri yang kosong dari pegangan hidup.

Provokatif dari dua watak ini tentang ISLAM, akhirnya buku bertemu ruas apabila kemunculan Ustaz muda Nazir. Cara Ustaz Nazri berhadapan dan berkonfrontasi sungguh unik dan tersendiri. Ini membuatkan penonton ternanti- nanti bagaimana Ustaz Nazir mematah setiap hujah dan membimbing kembali dua beradik ini ke landasan akidah yang sebenar.

Cinta Sempurna ditayangkan di layar Astro Oasis setiap hari Isnin - Jumaat, 3pm ulangan 10pm. sepanjang Ramadhan.

Kupasan yang menarik dari cerita asal Ustaz Hasrizal di www.saifulislam.com

Masih tidak lewat untuk mengucapkan Ahlan Wasahlan ya Ramadhan....



@bu Ameer.

No comments: