Thursday, February 25, 2010

Surat Kepada Pak Menteri

Formula minyak baru.

Merujuk kepada perkara di atas, adalah menjadi perbualan di bibir-bibir rakyat jelata buat masa ini. Pelbagai andaian dan telahan dibuat oleh rakyat bagaimana subsidi minyak akan dilaksanakan kelak. Khabarnya satu formula akan diumumkan pada bulan Mei akan datang.

Adakah formula yang difikir oleh ahli-ahli fikir negara dan penasihat-penasihat pak menteri dapat menyelesaikan pengagihan subsidi minyak kepada rakyat jelata. Isunya di sini, adakah pihak pemerintah ingin mengalih beban subsidi minyak kepada rakyat, atau ingin berkongsi beban subsidi atau hanya mensasarkan subsidi kepada golongan rakyat tertentu.

Walaubagaimana pun, telinga ada terdengar khabar angin tentang formula yang akan digunakan. Iaitu memberi subsidi minyak mengikut kapasiti kereta. Kereta yang berkapasiti lebih dari 2.0 CC tidak dapat atau kurang subsidi minyak. Sekiranya kaedah ini digunapakai. Maka begitu cerdiklah Pak-Pak Menteri membuat keputusan sehingga boleh ditertawakan oleh rakyat jelata.

Apa tidaknya, tidak semestinya kereta kapasiti besar mahal harganya dan hanya digunakan oleh rakyat yg kaya sahaja. Sebagai contoh, sebuah kereta Mercedes kapsiti engine 2.0 ke bawah tetapi harga pasaran mencecah RM 160,000 malah lebih lagi. Begitu juga dengan Toyota wish 1.8 cc yang bernilai lebih RM 130,000. Kereta- kereta ini hanya mampu dimiliki oleh golongan rakyat yg berada sahaja. Maka tidak adil mereka2 ini turut sama mendapat subsidi minyak. Sedangkan ada juga rakyat yg mengunakan kereta lama (2nd hand) yg berkapasiti lebih dari 2.0cc. tetapi market value hanya RM 40,000.

Oleh itu untuk menetapkan formula subsidi minyak tidaklah terletak kepada kapasiti engine sahaja. Sekiranya pemerintah ingin mengurangkan subsidi, berapa peratus sahaja kenderaan yg lebih 2.0cc di negara ini? Mungkin tidak lebih dari 15% dari keseluruhan kereta di dalam Malaysia.

Sekali lagi bijak kah pak-pak menteri merumuskan formula berdasar kepada kapasiti engine? Adakah golongan sasaran dapat menikmati subsidi minyak? Sudah pasti lepas ini ramai orang-orang kaya akan membeli mazda rx 8 kerana kapasiti engine 1.3 sahaja, roadtax pun murah, sudsidi minyak pun dapat. Dah la kaya dapat subsidi minyak pulak tu.

Bukan hanya mengkriti, ingin melontar satu pendapat. Untuk memastikan keseluruhan rakyat merasai subsidi minyak. Maka analysis terhadap purata seorang mengunakan berapa liter minyak sebulan. Daripada analysis ini, mungkin seorang mengunakan 150 liter sebulan untuk keperluan harian. Kita limitkan sebagai contoh, setiap seorang diberi 150 liter minyak subsidi setiap bulan. Sekiranya diguna lebih dari 150 liter, maka selebihnya tiada subsidi minyak.

Secara tidak langsung seluruh rakyat dapat merasai subsidi dgn adil tak kira kaya atau miskin. Dengan cara ini juga pemerintah sudah boleh mengangarkan total cost untuk subsidi minyak setiap bulan. Sebagai contoh 150 liter X 10 000 000 rakyat = 1 500 000 000 liter sebulan.

Salah satu cara untuk melakukannya dengan menggunakan MyCard dengan limit 150 liter sebulan.

Di harap pemerintah tidak melakukan kesilapan yg sama semasa memberi cash payment kepada empunya kenderaan di bawah kapasiti 2.0 cc dahulu iaitu RM 600. Keputusan separuh masak ini secara tidak langsung memberi keuntungan kepada sesetengah pihak seperti pengusaha kenderaan terpakai. Dan juga komisen kepada Pos Malaysia yg entah berapa nilainya.

Harus diingat jangan disebabkan minyak seliter, tukar SATU PUTRAJAYA….

No comments: